DEFINISI GURU CEMERLANG
PENGENALAN
Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan
kenaikan pangkat sebagai guru Cemerlang adalah untuk memberi peluang kepada
guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang
diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan tanpa perlu menukarkan ke jawatan
pentadbiran. Dengan cara ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir,
berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan
untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P)
Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang juga bertujuan
untuk menjadikan guru-guru yang dilantik sebagai role model yang akan menjadi
sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing
meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing.
Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah
sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.
PUNCA KUASA
Pada tahun 1993, Mesyuarat Jemaah Menteri telah pun
meluluskan memorandum bertajuk “ Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan
Pendidikan: Cadangan Yang Cemerlang”. Hasilnya, konsep Guru Cemerlang telah
dijadikan sebagai satu laluan kenaikan pangkat yang baru mulai tahun 1994.
KUOTA GURU CEMERLANG
Pada tahun 1994, kuota asal Guru Cemerlang yang
telah diluluskan dibawah SSB adalah sebanyak 1,000 bagi kenaikan pangkat dari
Gred DG3 ke DG2 dan sebanyak 1,600 jawatan bagi kenaikan pangkat dari Gred D6
Ke Gred DG5.
Pada tahun 2004, Kerajaan telah mewujudkan 12 kuota
Guru Cemerlang Gred Khas C. Pada tahun 2006, Kerajaan telah menambah kuota
untuk gred sisipan Gred DGA32,DGA34, DG44 dan Gred DG52 menjadikan jumlah kuota
keseluruhan Guru Cemerlang sebanyak 9,374.
Mulai tahun 2006, konsep Guru Cemerlang Gred Khas C
yang pada awalnya dikhaskan untuk guru-guru di sekolah turut diperluaskan ke
peringkat institusi-institusi lain seperti IPG dan KM.
SYARAT-SYARAT guru cemerlang
Bagi melayakkan calon untuk memangku Guru Cemerlang
, calon perlu memenuhi syarat-syarat pemangkuan yang ditetapkan. Syarat-syarat
pemangkuan terbahagi kepada (2) bahagian iaitu syarat-syarat khusus.
SYARAT-SYARAT UMUM
Disahkan dalam perkhidmatan (bagi urusan pemangkuan
ke Gred DG44(KUP) sahaja):
- Mencapai
tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT bagi 3 tahun terakhir;
- Bebas
daripada tindakan tatatertib;
- Telah
mengisytiharkan harta;
- Lulus
tapisan keutuhan SPRM;
- Bebas
daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;
- Diperakukan
oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan.
Syarat-syarat Khusus
- Bagi
Gred DGA32(KUP): sekurang-kurangnya 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun
mengajar mata pelajaran kepakaran:
- Bagi
Gred DG44(KUP): sekurang-kurang 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun terakhir
mengajar mata pelajaran pakar;
- Bagi
Gred DG48(KUP); telahdinaikkanpangkat ke Gred DG44(KUP)/Gred DG44 hakiki;
- Bagi
Gred DG52(KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48(KUP)/Gred48 hakiki;
- Bagi
Gred DG54(KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52(KUP)/Gred DG52
hakiki;
- Bagi
Gred Khas C (KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG54(KUP)/Gred DG54
hakiki.
GURU CEMERLANG